fb fb fb fb fb

Terkejut, tak sangka bumbung rumah terbang dibadai ribut

MELAKA, 22 Februari - Selepas sebulan dilanda banjir, penduduk Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, diuji sekali lagi apabila ribut melanda kawasan itu, petang semalam.

Selain terkejut dan tidak menyangka dengan kejadian berkenaan, beberapa buah rumah dan bumbung kediaman mereka turut dibadai ribut kencang. 

Setakat pukul 12 tengah hari tadi, tinjauan RTM mendapati seramai 13 penduduk terjejas daripada empat keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Balai Raya Kampung Belimbing.

Muhammad Nurrudin Salam, 31, yang bekerja di Kuala Lumpur terpaksa bergegas pulang ke Melaka selepas menerima panggilan daripada ahli keluarganya.

"Kejadian dalam pukul 5.00 petang, angin sudah mula bertiup kuat dan mak cik saya menelefon beritahu yang bumbung rumah dah tercabut.

"Sebaik sahaja sampai saya tengok bumbung rumah dah tak ada dan air dah masuk ke dalam rumah," katanya kepada RTM.



Penduduk yang terjejas, Salina Mohd Ali turut terkejut dengan kejadian semalam.

"Lebih kurang pukul 6.30 petang saya sampai tempat kerja dapat panggilan telefon daripada anak-anak mengatakan rumah tiada eletrik dan ribut kuat."

Dalam tinjauan itu, rata-rata penduduk Kampung Belimbing sudah mula melakukan kerja-kerja pembersihan.

Media Baharu