fb fb fb fb fb

"Terima kasih kepada jentera Perbendaharaan, luar biasa, kerja dengan tekun"- PM

(Foto facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim)

PUTRAJAYA, 12 Oktober- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan penghargaan terhadap warga Perbendaharaan yang disifatkannya sebagai luar biasa kerana sedia berkorban dan bertungkus lumus menyiapkan laporan ekonomi, fiskal dan Belanjawan 2024.   

Beliau yang tiba di Kementerian Kewangan pada kira-kira 12.50 tengah hari dan disambut Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, dua Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim Chee Keong serta Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.

"Alhamdulillah, saya ucap terima kasih kepada jentera Perbendaharaan ini, luar biasa, kerja dengan tekun.


(Foto facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim)

"Ada yang tidak balik rumah, ada yang ayah sakit pun tangguh sekejap, hari lahir anak pun tidak dapat diadakan acara. Jadi itu tahap pengorbanan staf untuk siapkan laporan ekonomi, fiskal dan belanjawan.

"Jadi, tidak akan ada kekuatan itu, pencapaian itu tanpa kerjasama seluruh keluarga Perbendaharaan termasuk pasukan keselamatan", kata Datuk Seri Anwar.

Datuk Seri Anwar yang juga Menteri Kewangan bercakap kepada media selepas meninjau persiapan akhir Belanjawan 2024 di Kementerian itu.

Perdana Menteri kemudian bergambar bersama-sama warga kerja Kementerian Kewangan yang terlibat dalam penyediaan Belanjawan 2024 sebelum menandatangani dokumen berkaitan Belanjawan 2024 yang akan dibentangkan di Parlimen esok.

Media Baharu