fb fb fb fb fb

Terima bekas pemimpin UMNO: Keadilan perlu bincang dengan UMNO dahulu-Anwar

(FOTO RTM)

PETALING JAYA, 7 Februari-Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan parti itu belum membuat sebarang keputusan berhubung isu penyertaan beberapa bekas ahli UMNO ke dalam parti itu.

Menurutnya, perkara terbabit hanya akan diputuskan selepas perbincangan dilaksana bersama pucuk tertinggi UMNO terlebih dahulu.

“Saya perlu adakan perbincangan bersama pemimpin UMNO terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan diambil untuk menerima atau tidak bekas ahli yang dibuang daripada parti tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat PKR di ibu pejabat parti itu di sini semalam.


(Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim/ FOTO RTM)

Media Baharu