fb fb fb fb fb

Belanjawan 2023: Agenda besar yang akan dibentangkan 24 Februari ini

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR, 7 Februari-Belanjawan 2023 antara agenda besar yang akan dibentang pada 24 Februari ini.

Ia merupakan antara fokus yang disenarai pada Takwim Parlimen Penggal Kedua, Parlimen ke-15 yang akan mula bersidang pada 13 Februari.

Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul berkata, belanjawan 2023 bakal berteraskan konsep Malaysia Madani sekali gus memberi manfaat serta meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat.

"Sudah tentu ramai yang tertungu-tunggu apakah bentuk bajet yang akan diketengahkan, apakah yang akan dimaksudkan dengan Madani itu akan dapat diterjemahkan dalam bentuk pembentangan belanjawan pada kali ini. Sangat menarik. Saya sendiri juga sedang menanti apakah bentuk belanjawan yang akan diketengahkan", ujar beliau ketika ditemui pemberita selepas menjadi tetamu menerusi Program Bicara Naratif 'Memartabat Demokrasi Berparlimen' di Angkasapuri Kota Media, malam tadi.


(Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul/FOTO RTM)

Media Baharu