fb fb fb fb fb

Masjid dan surau di W.Persekutuan anjur solat hajat, doa untuk mangsa gempa

(FOTO AFP)

KUALA LUMPUR, 7 Februari-Masjid- masjid di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengadakan solat sunat hajat hari ini bagi memohon doa kesejahteraan susulan bencana gempa bumi di Turkiye dan Syria.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata ia akan dilaksanakan selepas solat Maghrib.

Masjid terbabit ialah Masjid Negara di Kuala Lumpur, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya.

Seluruh masjid dan surau di Wilayah Persekutuan di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) turut diminta melaksanakan ibadah sama.

Menurutnya dalam kenyataan , Ia sebagai Menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, untuk tujuan mendoakan kesejahteraan buat negara Turkiye dan Syria.

Setakat ini , angka korban tragedi gempa bumi itu kini melepasi 2,200 mangsa, dengan ribuan lagi penduduk dilaporkan cedera.


(Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar
/FOTO RTM)

Media Baharu