fb fb fb fb fb

70 anggota SMART berlepas ke Turkiye bantu operasi menyelamat

(FOTO RTM)

SEPANG, 6 Februari-70 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) telah berlepas ke Turkiye malam tadi bagi membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa gempa.

Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, gerak kerja menyelamat tersebut diselaraskan oleh Wisma Putra termasuk misi bantuan ke negara berkenaan.

"Saya ingin memaklumkan bahawa Wisma Putra akan menyelaras gerak kerja bersama dengan pihak NADMA dan Kedutaan Turkiye serta Kedutaan Malaysia di sana bagi memastikan kelancaran penyelarasan tidak menimbulkan sebarang kesulitan", katanya dalam satu sidang media khas Misi Bantuan SMART ke Turkiye di KLIA, Sepang malam semalam.

Datuk Seri Zambry turut memaklumkan, 12 rakyat Malaysia dikenalpasti terselamat dalam kejadian gempa berkenaan.

Bagaimanapun, pihaknya masih dalam proses mengenalpasti identiti mereka termasuk mendapatkan maklumat sama ada mereka melancong atau bekerja di sana.


(Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir/FOTO RTM)

Media Baharu