fb fb fb fb fb

Tengku Mahkota Kelantan santuni anak yatim, OKU dan asnaf

Foto FB PDRM

KOTA BHARU, 7 April - Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra berkenan mengurniakan sumbangan baju raya kepada 30  anak yatim, Orang Kurang Upaya (OKU) dan asnaf di Kota Bharu hari ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, setiap seorang diberikan pakaian raya bernilai RM300

Sumbangan  itu bagi meringankan beban keluarga terlibat untuk menyambut Aidilfiti nanti.

Katanya, institusi diraja memperlihatkan keprihatinan kepada rakyat menjelang raya nanti.

"Yang Amat Mulia Tengku Mahkota hadir ke Aeon Mall untuk melihat dan membawa anak-anak yatim yang berasakan bahawa mereka tidak merasai baju raya baharu.

"Bantuan ini disertai 30 lelaki dan wanita bersama 15 keluarga", katanya demikian pada sidang media selepas Program Comunity Policing " Raja Bersama Marhein di sini.

Program berkenaan merupakan cetusan idea Tengku Mahkota  sendiri untuk mengurniakan sumbangan kepada golongan tersebut dengan keprihatinan pihak Istana kelantan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD