fb fb fb fb fb

Tembikai musnah ditenggelami air, lebih 500 pengusaha terjejas dibantu

PASIR PUTEH, 21 Februari - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bersedia membantu lebih 500 petani di daerah ini dan Bachok yang mengalami kerugian selepas tanaman tembikai mereka musnah ditenggelami air berikutan hujan lebat selama beberapa hari, pada Rabu lepas.

Timbalan Menteri II MAFI, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata pihaknya kini sedang membuat taksiran kerugian sebenar yang dialami membabitkan tanaman di tanah berkeluasan lebih 400 hektar.

"Taksiran kerugian ini besar cuma kita tidak ada lagi data yang tepat, tetapi ia mencecah jutaan ringgit kerana kawasan yang sangat luas.

"Kejadian yang berlaku menyebabkan kebanyakkan petani tidak mendapat pulangan modal dan ada yang terpaksa menanggung hutang kerana tidak dapat mengutip hasil," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan MAFI Prihatin di perkarangan Pejabat Ahli Parlimen Pasir Puteh, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Nik Muhammad Zawawi yang juga Ahli Parlimen Pasir Puteh berkata bantuan kepada petani terlibat sedang dikenalpasti sama ada dari segi input pertanian, kewangan atau kedua-duanya sekali dengan menggunakan peruntukan dari Tabung Bencana MAFI.

Tambahnya, tanaman tembikai di daerah Pasir Puteh dan Bachok mempunyai kualiti yang baik dan mampu menampung keperluan tanaman itu di seluruh negara.

Media Baharu