fb fb fb fb fb

Johorfm sasar 100,000 pendengar dan pengikut tahun ini


JOHOR BAHRU, 21 Februari - Stesen radio Johorfm menyasarkan seramai 100,000 pendengar dan pengikut stesen itu tahun ini.

Ketua Bahagian Rancangan Johorfm Zahrinul Aini Sumery berkata, Johorfm komited untuk terus melaksanakan pelbagai aktiviti radio di lokasi, bagi menarik minat pendengar lama dan baharu.

Antara yang bakal dilaksanakan adalah Jelajah Johorfm di Muar, Program Semarak Ramadan dan Hari Raya nanti.

"Kita akan uar-uarkan sebenarnya apa keistimewaan menjadi ahli kelab peminat ini dan kalau nak tahu kena daftar dulu kita akan muat naik kod QR disemua media sosial Johorfm ," kata Zahrinul kepada RTM.

Hari ini, Johorfm mengadakan program pra jelajah Johorfm di Kampung Parit Puteri Menangis, Benut, Pontian.

Program turut melibatkan penyertaan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (IKS), untuk diberi taklimat pemasaran perniagaan.

Media Baharu