Pemutihan Lesen Sampan Khas buka peluang golongan muda ceburi sektor perikanan

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu/ RTM

KUALA LUMPUR, 18 November – Program pemutihan Lesen Sampan Khas (LSK) yang akan dilaksanakan di seluruh negara bakal membuka peluang kepada golongan muda untuk menceburi sektor perikanan menerusi permohonan lesen baharu.

RINGKASAN BERITA AI
  • TEMAN-AKUA adalah inisiatif kerajaan untuk meluaskan peluang anak muda menyertai sektor perikanan selain aktiviti penangkapan ikan.
  • Kerajaan menyediakan mekanisme pelesenan terkawal bagi membolehkan golongan muda menceburi sektor perikanan sambil menjaga kelestarian sumber.
  • Jabatan Perikanan akan melaksanakan program pemutihan Lesen Sampan Khas di seluruh negara termasuk pembatalan lesen tidak aktif tiga tahun.
  • Pengeluaran lesen vesel zon A, B, C masih dibekukan sejak 1982 kerana kapasiti sedia ada mencapai tahap optimum.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, program itu membolehkan kekosongan lesen dikenal pasti, termasuk menerusi pembatalan lesen yang tidak aktif selama tiga tahun berturut-turut.

Menurutnya, langkah berkenaan memberi ruang kepada nelayan muda yang memenuhi syarat kelayakan untuk memohon lesen berkenaan, sekali gus memperluas penyertaan golongan itu dalam sektor perikanan tangkapan.

“Mekanisme kemasukan nelayan baharu melalui LSK bagi zon A dilaksanakan menerusi pengisian kekosongan lesen yang dikenal pasti melalui program pemutihan termasuk pembatalan lesen yang tidak aktif selama tiga tahun berturut-turut.

“Melalui mekanisme ini, permohonan yang layak termasuk nelayan muda boleh dipertimbangkan untuk mendapatkan lesen mengikut syarat dan tatacara yang
ditetapkan.

“Kerajaan sentiasa berusaha menyediakan peluang kepada golongan muda untuk menceburi sektor perikanan melalui mekanisme pelesenan yang terkawal, dengan mengambil kira keperluan menjana pendapatan serta kelestarian sumber perikanan,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr. Siti Mastura Muhammad mengenai mekanisme pendaftaran lesen nelayan baharu bagi membuka peluang kepada golongan muda menceburi sektor perikanan di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu beliau memaklumkan, ia merupakan antara inisiatif susulan selain peluasan kuota LSK yang ditingkatkan daripada 17,000 kepada 20,000 menerusi peruntukan RM30 juta di bawah Belanjawan 2027.

Beliau berkata, langkah itu merupakan antara usaha kerajaan memperluas penyertaan golongan muda dalam sektor perikanan, khususnya aktiviti penangkapan ikan.

Bagaimanapun menurutnya, pengeluaran lesen vesel penangkapan ikan baharu bagi zon A, B dan C masih dibekukan sejak 1982 berikutan sumber perikanan pantai serta kapasiti vesel sedia ada telah mencapai tahap optimum.

Dalam pada itu, kerajaan turut menggalakkan golongan muda menceburi bidang akuakultur menerusi Projek Transformasi Ekonomi Nelayan Melalui Akuakultur (TEMAN-AKUA) yang menyediakan latihan, bantuan kewangan serta peralatan berteknologi bagi menyokong penjanaan pendapatan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.