LONDON, 12 Jun-Beberapa langkah sedang dikenal pasti bagi memperluas dan mempromosi teknologi kecerdasan buatan (AI) di negara ini.
Antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah hal berkaitan tenaga berkemahiran dan pembangunan sistem.
Menurut Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, teknologi AI pesat membangun dan diguna pakai secara meluas di seluruh dunia.
Tambahnya, bagi mengelak daripada ketinggalan, Malaysia wajar turut serta.
Bagaimanapun, beberapa perkara perlu diberi perhatian bagi meningkat dan memperluas penggunannya.
"Antara yang perlu diberi perhatian oleh Malaysia ialah perkara berkaitan modal, kewangan, peralatan, pembangunan infrastruktur dan institusi bersesuaian.
"Ia penting demi pertumbuhan ekonomi dan inovasi digital mampan, selain penerokaan teknologi baharu", katanya selepas melawat gerai pameran Minggu Teknologi London di sini.
Artikel berkaitan:
Kuasa A.I untuk kebaikan meski ada keburukan
(Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil)