Teknologi 5G perkukuh operasi, jualan dalam talian PMKS

FOTO HIASAN/BERNAMA

KUALA LUMPUR, 30 Mei – Teknologi 5G bukan lagi sekadar menawarkan capaian internet yang lebih pantas, malah menjadi pemangkin penting kepada transformasi digital serta peningkatan daya saing Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

RINGKASAN BERITA AI
  • Pendigitalan perlu dijadikan strategi perniagaan, dengan kehadiran di Facebook, Instagram, TikTok, Shopee dan laman web untuk capai pelanggan.
  • Penggunaan penyelesaian digital seperti Unifi membantu meningkatkan jualan, menambah pengeluaran dan memperkemas operasi perniagaan.
  • Usahawan PMKS digesa melabur dalam teknologi digital dan manfaatkan 5G untuk tingkatkan produktiviti serta kukuhkan kedudukan perniagaan.

Pengasas Songkok Malaya, Ts. Mohd Hafzan Sardi berkata, penggunaan teknologi digital dan rangkaian internet yang stabil kini menjadi keperluan utama dalam operasi perniagaan, khususnya bagi syarikat yang aktif menjalankan promosi serta jualan dalam talian.

Menurut beliau, pendigitalan perlu dijadikan sebahagian daripada strategi perniagaan bagi memastikan syarikat terus relevan dalam persekitaran ekonomi digital yang semakin berkembang.

“Pendigitalan amatlah perlu. Kita kena memasukkan pendigitalan ini sebagai salah satu strategi perniagaan. Kita ada di Facebook, Instagram, TikTok, Shopee dan juga ‘website’ sendiri. Bukan sahaja di Malaysia, pelanggan dari luar negara pun boleh beli daripada kita,” katanya di sini.

Beliau berkata demikian ketika berkongsi pengalaman Songkok Malaya yang kini memanfaatkan pelbagai platform digital bagi memasarkan produk kepada pelanggan tempatan dan antarabangsa.

Menurutnya, jualan menerusi platform digital terus menunjukkan peningkatan dan memberi kesan positif kepada pertumbuhan syarikat.

“Penggunaan platform internet pada masa kini semakin meningkat. Dengan bantuan produk-produk Unifi, kami berjaya meningkatkan jualan, sekali gus menambah pengeluaran serta memperkemaskan operasi perniagaan kami,” katanya.

Dalam pada itu, Ts. Mohd Hafzan menolak tanggapan, transformasi digital akan meningkatkan kos operasi syarikat.

Sebaliknya, katanya, penggunaan penyelesaian pemasaran digital mampu membantu usahawan menjimatkan kos, selain memperoleh kepakaran pemasaran yang lebih berkesan.

“Pendigitalan ini menjimatkan. Ia bukan meningkatkan kos operasi. Sebenarnya kita menggunakan pendigitalan, terutamanya ‘digital marketing solution Unifi’, untuk berjimat dan mendapatkan impak yang lebih baik kepada prestasi kedai digital kita,” jelasnya.

Beliau turut menggesa lebih ramai usahawan PMKS supaya berani melabur dalam teknologi digital dan memanfaatkan kemudahan 5G bagi meningkatkan produktiviti serta memperkukuh kedudukan perniagaan mereka.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.