fb fb fb fb fb

Tegak integriti, tolak amalan rasuah untuk realisasi perancangan kemajuan negara

KUALA LUMUR, 22 Januari- Usaha merealisasi Malaysia Madani hanya boleh dioptimumkan dengan menerapkan prinsip integriti dalam tatakelola kerajaan.

Justeru Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata amalan rasuah perlu ditolak agar kemajuan negara dapat diberi tumpuan sepenuhnya.

Jelasnya, barisan kabinet kerajaan juga telah diberi hala tuju yang jelas mengenai hal berkenaan.

"Kita bagi beberapa peraturan yang jelas kalau mahu kuat, rakyat sokong, pemimpin mesti tolak rasuah dan salah guna kuasa.

"Kalau mahu kaya jadi ahli peniagaan tapi kalau jadi menteri tapi mahu juga cari wang dan kaya, dia kena keluar sebagai menteri dan tumpu meniaga," katanya.

(Datuk Seri Anwar Ibrahim)

Beliau berkata demikian dalam Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2023 di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di sini hari ini.

Turut hadir mengiringi beliau, isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Media Baharu