fb fb fb fb fb

TBC disambut meriah di Labuan

LABUAN, 22 Januari- Meski dalam keadaan sederhana, sambutan Tahun Baharu Cina di Labuan kekal meriah.

Perayaan dimulakan dengan upacara sembahyang pada malam tahun baharu sehinggalah aktiviti ziarah melibatkan ahli keluarga dan sahabat handai.

Upacara yang diadakan dan amalan kunjung mengunjung menunjukkan perpaduan yang menjadi tarikan pelancong untuk mempelajari adat resam serta budaya yang pelbagai.

Tinjauan turut mendapati kekuatan keharmonian masyarakat dan kesatuan hati dalam menyambut sesuatu perayaan tanpa mengira kaum dan agama.

"Kita warga Labuan harap tahun ini bawa kemakmuran kepada seluruh Malaysia, Gong Xi Fa Cai, Wan Shi Ru Yi," kata Ketua Bahagian MCA Labuan, Datuk Chin Hong Vui.

"Saya mengucapkan kepada keluarga dan rakan-rakan, Gong Xi Fa Cai, Gong Xi Fa Cai," kata ahli perniagaan, Datuk Seri Goh Sin Liong.

(TBC disambut meriah di Labuan)

Media Baharu