fb fb fb fb fb

TDM kekal guna Lipan Bara, rancang tambah 136 HMAV Tarantula

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 1 Disember - Tentera Darat Malaysia (TDM) tidak berhasrat melupuskan 20 buah kenderaan perisai Lipan Bara keluaran Chaiseri, Thailand.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari, berkata kenderaan tersebut masih digunakan sepenuhnya oleh pasukan 5 Kor Armor Diraja (KAD) di Kota Belud, Sabah (14 buah), serta Pusat Latihan Armor (PULAMOR) di Port Dickson, Negeri Sembilan ( enam buah).

“Kita ada kepelbagaian kenderaan dengan pelbagai spare part, tetapi yang paling penting ialah kemampuan penyelenggaraan. Itu asas penilaian kita. Apabila membeli kenderaan baharu, perkara utama ialah potensi penyelenggaraan jangka panjang dan kemampuan syarikat pengeluar. Kita tidak mudah memilih kenderaan baharu jika syarikat tidak mampu menyokongnya untuk jangka masa panjang," katanya.

Sementara itu, Kementerian Pertahanan merancang memperoleh 136 buah kenderaan High Mobility Armoured Vehicle (HMAV) Tarantula keluaran syarikat Mildef.

Perolehan tersebut dibuat berdasarkan keperluan Tentera Darat sebagai pengguna akhir, khususnya untuk kegunaan Kor Armor Diraja (KAD), dalam usaha mempertingkat keupayaan serta kesiapsiagaan pertahanan negara pada masa hadapan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE