fb fb fb fb fb

TBC: Pamer suasana harmoni masyarakat

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Aminuddin Harun

PORT DICKSON, 9 Februari- Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Aminuddin Harun turun padang menyantuni lebih 1,000 orang masyarakat di kawasan sekitar daerah Port Dickson bersempena dengan sambutan perayaan Tahun Baharu Cina (TBC).

Datuk Seri Utama Aminuddin Harun yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, berkata semangat perpaduan masyarakat di kawasan itu mempamerkan suasana harmoni setiap kali musim perayaan.

Antara yang turut disantuni adalah peniaga dan pengunjung di Pasar Awam Lukut dan Pasar Awam Port Dickson serta penduduk Taman Lukut Indah.

"Alhamdulillah semangat perpaduan yang ada di kawasan ini amat tinggi dan saya lihat semua bangsa hari ini ke pasar untuk sama-sama mencari bekalan untuk Tahun Baharu Cina", katanya kepada pemberita ketika menyantuni peniaga dan pengunjung di daerah Port Dickson yang terdiri daripada masyarakat majmuk.

Sementara itu, rata-rata yang disantuni menghargai lawatan pertama Ahli Parlimen Port Dickson itu.

"Saya gembira orang datang, bagi angpau, buah oren, sangat gembira tahun ini, orang melayu, india dan bangsa lain juga gembira", kata Wong Kim Foong.

"Perasaan menghargai, ada orang ambil berat, terima kasih datang melawat, lagipun Pasar Port Dickson memang kurang orang, bila ada tarikan ramai yang datang, kita rapatkan maksudnya melayu, cina, india semua rapat. Pasar PD ini pun harmoni", kata Mohd Amin Bashari.

"Ok bagus, tidak kisah, melayu, cina, india sama pun. Kerajaan okay, setiap tahun ada, sangat bagus", kata Lee Kee Yiak.

ROSLINA BINTI DIN