LABUAN, 27 Januari- Tiga fokus menjadi keutamaan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dalam Ops Rondaan dan Kempen Keselamatan Kebakaran sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2025 di Labuan.
Antaranya menjamin keselamatan kebakaran di premis tumpuan ramai.
Selain itu, JBPM turut memfokuskan untuk menjamin keselamatan awam semasa perjalanan di jalan raya serta meningkatkan kesedaran awam mengenai keselamatan nyawa dan harta turut diberi perhatian.
Timbalan Pengarah JBPM Labuan Emil Taihin berkata pemantauan dan penguatkuasan akan dilaksana bagi mencapai matlamat tersebut.
“Agensi penguatkuasaan lain juga saya percaya terlibat sama membantu kami di dalam memastikan premis itu berada dalam keadaan baiklah laluan-laluan seperti jalan raya juga adalah pihak tertentu yang membantu kami”, Katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan Simsudin Sidek berkata pemilik premis perlu peka garis panduan yang telah ditetapkan pihak JBPM bagi mengelak sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.
“Saya ingin menyeru kepada pemilik-pemilik premis perniagaan khususnya untuk sentiasa mematuhi segala garis panduan yang Jabatan Bomba danarahan yang diberi oleh Jabatan Bomba untuk memastikan keselamatan premis masing-masing khasnya terjaga”, katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas melancarkan Program Kempen Kesalamatan Kebakaran dan Ops Rondaan Sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2025 di Terminal Feri Antarabangsa Labuan.
Pada pelancaran itu juga turut disampaikan buah limau dan risalah sempena menyambut perayaan itu.
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif LDA Labuan Sdn Bhd Noor Halim Zaini dan Pengerusi Dewan Perniagaan Tionghua Labuan Datuk Wong Kii Yii.