Tawau diisytihar dilanda kemarau – JPBD Daerah

Foto hiasan/ BERNAMA

TAWAU, 25 Mac – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau hari ini mengisytiharkan daerah itu dilanda bencana kemarau, melibatkan kawasan Pulau Sebatik.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pengisytiharan dibuat oleh Presiden Majlis Perbandaran Tawau Datuk Joseph Pang pada 10 pagi.
  • Keputusan diambil selepas meneliti situasi berdasarkan laporan dan maklumat lapangan daripada agensi berkaitan JPBD.
  • Laporan menunjukkan kawasan berkenaan menghadapi cuaca kering berpanjangan.

Pengisytiharan dibuat oleh Presiden Majlis Perbandaran Tawau Datuk Joseph Pang yang juga pengerusi jawatankuasa itu pada 10 pagi hari ini.

Beliau berkata keputusan itu diambil selepas meneliti situasi semasa berdasarkan laporan serta maklumat lapangan daripada agensi berkaitan dalam JPBD yang menunjukkan kawasan berkenaan berhadapan keadaan cuaca kering berpanjangan.

Pulau Sebatik merupakan pulau yang dikongsi antara dua negara, dengan bahagian utara terletak di Malaysia manakala bahagian selatan di Indonesia.- BERNAMA