fb fb fb fb fb

Tawar GRO warga asing, pusat hiburan, kedai makan diserbu, 65 pati ditahan

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Jafri Embok Taha

KUALA LUMPUR, 4 Mei- Kegiatan haram pusat hibuan dan kedai makan di Puchong, dipercayai menawarkan khidmat pelayan pelanggan (GRO) warga asing, terbongkar apabila diserbu pihak Imigresen dalam Op Gegar dan Op Selera, awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Jafri Embok Taha berkata 65 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi di lima premis di kawasan itu.

Mereka yang ditahan terdiri daripada 44 warga Vietnam, Bangladesh (11), China (7), Thailand (2) dan Myanmar (1). Pihaknya turut menahan empat warga tempatan terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita yang disyaki majikan kepada warga asing itu.

"Kita juga tidak akan berkompromi dalam mana-mana warga negara Malaysia yang bersekongkol dan bekerjasama dalam sindiket keberadaan PATI dalam negara kita ini dan pihak kami akan melakukan pembanterasan habis-habisan terhadap pihak-pihak yang terlibat dalam aktiviti PATI di negara ini", katanya dalam sidang media selepas menyertai operasi berkenaan.

Kesemua yang ditahan dibawa ke Pejabat JIM Kuala Lumpur untuk proses dokumentasi dan siasatan lanjut.

Mereka ditahan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

ROSLINA BINTI DIN