fb fb fb fb fb

Tarikh melihat anak bulan Zulhijjah pada 7 Jun

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 28 Mei- Tarikh melihat anak bulan Zulhijjah bagi menentukan tarikh perayaan Aidiladha ditetapkan pada 7 Jun petang Jumaat, kata Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dalam satu kenyataan.

Penyimpan Mohor Besar Raja-raja akan mengumumkan tarikh Aidiladha melalui radio dan televisyen pada malam sama.

"Majlis Raja-raja telah bersetuju menetapkan tarikh Aidiladha berdasarkan kaedah ‘rukyah’ (penglihatan anak bulan) dan ‘hisab’ (pengiraan matematik dan astronomi)," kata kenyataan itu.

Lokasi untuk melihat anak bulan itu akan dijalankan di 29 lokasi di seluruh negara.

Lokasinya ialah Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting; Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam; di Perak melibatkan Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong.

Sementara itu di Kedah ia akan dilakukan di Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang; Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar.

Bagi Terengganu ia akan dilakukan di Bukit Besar, Bukit Geliga, Balai cerap Pulau Perhentian, Balai Cerap KUSZA. Di Kelantan ia melibatkan Bukit Peraksi, Bukit Kampung Tembeling dan Menara Bangunan SEDC.

Di Sarawak pula, ia melibatkan Pusat Falak, Miri, Teluk Bandung, Kuching; dan Tanjung Batu, Bintulu. Manakala di Sabah ia akan dilakukan diBalai Cerap Al-Biruni, Putatan.

Lokasi-lokasi lain ialah di Bukit Tanjung Batu, Gunung Berncang, Cameron Highlands dan Menara Kuantan 188, Pahang; Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Menara Pemandangan, Masjid Al-Hussain Kuala Perlis di Perlis.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI