fb fb fb fb fb

PBT berdepan masalah kewangan, KPKT agih peruntukan

Nga Kor Ming

PUTRAJAYA, 28 Mei- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengagihkan peruntukan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berdepan masalah kewangan dalam masa terdekat.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata, perkara itu bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan pokok yang kritikal dalam kawasan pentadbiran masing-masing.

Beliau juga memaklumkan PBT khususnya majlis daerah antara yang mengalami kekangan kewangan berikutan kos penyelenggaraan setiap pokok agak tinggi selain kepakaran doktor pokok atau arborist tidak menyeluruh.

"PBT Ini mempunyai tiga peringkat iaitu bandar raya, perbandaran dan majlis daerah. Namun di bahagian daerah khususnya kawasan pedalaman mengalami kekangan kewangan. Kepakarannya tidak menyeluruh tetapi kami masih dalam proses tambah baik.

"Ini sedang dilakukan kita memang tidak tunggu menerusi langkah penjimatan yang ada. Kita agihkan peruntukkan yang ada untuk PBT yang kritikal memang perlu segala peruntukan dan akan diberi berdasarkan keperluan khususnya keadaan yang terdesak," katanya selepas menyampikan Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) dan Anuegrah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada 403 penerima di Majis Apresiasi Kecemerlangan Tahun 2023 warga KPKT, di sini.

Dalam pada itu pihaknya turut mengarahkan setiap petugas landskap PBT untuk mengikuti kursus arborist anjuran Jabatan Landskap Negara bagi memastikan matlamat berkenaan dapat dicapai.

Semalam, sebanyak tujuh buah kereta di kawasan parkir di Taman Kinrara, Puchong, Selangor rosak dihempap pokok susulan hujan lebat dan ribut.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI