KUANTAN, 28 Mei- Bekas Penerbit Rancangan Jabatan Penyiaran Pahang Halijah Jusoh meninggal dunia pukul 9.30 malam tadi, di Hospital Kuala Lumpur.
Allahyarham berusia 65 tahun, meninggal dunia akibat kanser rahim tahap 4.
Allahyarham sebelum ini pernah bertugas sebagai juruhebah di RTM Terengganu mengendalikan segmen Salam Rindu dan penerbit drama radio sebelum berpindah ke RTM Pahang pada tahun 2007.
Allahyarham yang lebih dikenali sebagai DJ Halijah kemudiannya bertugas sebagai penyelia Unit Rakam Khanah dan Jadual Urusan Rancangan sehingga bersara wajib pada tahun 2020.
Jenazah allahyarham disembahyangkan di Masjid Jamek Sungai Karang Darat dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Karang Darat di Kuantan.