fb fb fb fb fb

Tarik sokongan, kerajaan sedia laksana PRU-15 lebih awal - PM

(Ismail Sabri ditemui selepas merasmikan MAHA 2022 di Maeps, Serdang)

SERDANG, 6 Ogos- Kerajaan sedia hadapi sebarang kemungkinan termasuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lebih awal, sekiranya Perikatan Nasional (PN) berhasrat menarik sokongan dalam kerajaan.

Tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Malaysia mengamalkan sistem demokrasi dan mana-mana parti bebas membuat keputusan, termasuk sokongan kepada kerajaan.

Namun perlu sedia berdepan kesan akibat keputusan tersebut.

"Kalau semua bersedia ke arah pilihan raya kita akan adakan pilihan raya, kerajaan sentiasa bersedia dalam apa sahaja keadaan.

"Kalau kerajaan ini kekal, kita akan pertimbangkan dari segi tarikh pilihan raya ikut kesesuaian. Saya dah sebutkan, pilihan raya tetap diadakan, cuma tarikh akan ditentukan," katanya.

(Ismail Sabri melawat ruang pameran selepas merasmikan MAHA 2022
di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), hari ini/BERNAMA)

Beliau ditemui selepas merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022, di sini hari ini.

Ia sebagai mengulas laporan sebuah akhbar melaporkan Perikatan Nasional (PN) sedang menimbang untuk menarik balik sokongan terhadap Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata laporan berhubung PN itu tidak dikeluarkan secara rasmi oleh parti berkaitan.

Media Baharu