fb fb fb fb fb

Orang Asli tidak pernah dipinggirkan - Mahadzir Khalid

TUMPAT, 6 Ogos- Kerajaan menafikan tuduhan sesetengah pihak yang mendakwa masyarakat OrangAsli di negara ini dipinggirkan.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid,dakwaan tersebut sama sekali tidak berasas kerana segala perkara berkaitan Orang Asli terletak dibawah seliaan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan kerajaan sentiasa menjaga kemudahan asas,bidang pendidikan,perumahan dan juga aktiviti ekonomi mereka.

Katanya, sebagai contoh dalam bidang pendidikan sahaja terdapat 114 buah sekolah kebangsaan untuk Orang Asli serta terdapat juga pelajar dalam kalangan mereka bercampur dengan kaum lain di sekolah biasa.

Katanya terdapat sekolah di negeri Pahang yang dipanggil K9 khas untuk pelajar Orang Asli.

Tambahnya,terdapat 53 anak Orang Asli yang berjaya menuntut di universiti di luar negara dan di universiti tempatan seramai 918 setakat in sekali gus jelas menunjukkan menunjukkan masyarakat Orang Asli tidak terpinggir.

Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita pada sidang media program Jom Masuk Kampung Bekwoh Rakyat bersama menteri di Pantai Geting, Tumpat.

Turut hadir Pengerusi FELCRA Berhad Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Jumlah penduduk orang Asli di Malaysia ketika ini melebihi 207,000 orang di 853 buah kampung.


(Datuk Seri Mahdzir Khalid pada sidang media program Jom Masuk Kampung Bekwoh Rakyat di Tumpat)

Media Baharu