KUALA LUMPUR, 24 Jun- Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga (ST), Datuk Ir Abdul Razib Dawood bersetuju dengan langkah kerajaan untuk tidak menaikkan tarif elektrik untuk penggunaan bawah 1,500 kilowatt jam, atau kurang RM708 sebulan.
Menurut beliau, langkah yang diumumkan kerajaan itu tidak akan membebankan majoriti pengguna.
Ini kerana penggunaan bahan api elektrik seperti arang batu bergantung pada pasaran dunia.
"Jadi apabila ada kenaikan kos-kos bahan api ini kita akan semak dan masukkan kepada pengiraan SSP. Sekiranya ada pengurangan akan ada rebat, tetapi sekiranya ada penambahan akan ada sur caj.
"Sekarang ini caj lebih pada penggunaan lebihan kerana harga yang tinggi. Jadi kita fokus kepada ini dahulu," katanya.
Bagaimanapun Akta Kecekapan dan Pemuliharaan Tenaga (EECA) yang dijangka dibentangkan tahun ini diharap dapat mendidik pengguna dan pengguna bukan domestik menjadi lebih berhemah dalam menguruskan penggunaan tenaga.
Ketika ditemui pemberita di RTM, Ir Abdul Razib berkata, akta berkenaan apabila diluluskan, iaakan membolehkan Malaysia mengawal selia kecekapan dan pemuliharaan tenaga, di samping mengurangkan pembaziran.
"Dengan adanya EECA ini, kita pastikan sekiranya pembangunan baharu yang akan dibina akan menggunakan kecekapan itu.
"Ia akan membantu pengurangan dan kebergantungan kepada tenaga sedia ada," katanya.
(Ir Abdul Razib Dawood)