fb fb fb fb fb

Tangani isu pertindihan kursus, sekretariat khas selaras program TVET akan diwujudkan

(Foto Bernama)

PUTRAJAYA, 7 Februari- Sekretariat khas bagi menyelaras semula pelaksanaan program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), akan diwujudkan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata selain menangani isu pertindihan kursus dari setiap kementerian dan agensi terlibat, ia sekali gus berupaya menjimatkan kos perbelanjaan tahunan.

Usaha berkenaan membabitkan penyertaan 10 syarikat swasta bagi melatih pensyarah dan tenaga kerja di pusat TVET mengikut kemahiran diperlukan.

Ini termasuk Petronas, DRB-Hicom serta syarikat berkaitan hospitaliti dan pelancongan.

"Memorandum Perjanjian (MoA) akan diadakan, dalam tempoh tiga bulan ini, sebanyak 10 pemain industri yang sudah dikenal pasti akan menandatangani perjanjian secara terus dengan pusat TVET ini yang akan saya pantau sendiri bagi pelaksanaan sebagai usaha 'quick wins' di peringkat awal," katanya.

(Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi)

Beliau menjelaskannya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat TVET, di sini hari ini.

Selain memperkasa bidang kemahiran, beberapa pusat TVET juga akan menawarkan latihan keusahawanan.

Media Baharu