fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di PPS Dewan Orang Ramai Seri Damai masih tidak dibenarkan pulang

KUANTAN, 7 Februari - Penduduk terjejas banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Seri Damai masih tidak dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing, meski pun keadaan cuaca bertambah baik hari ini.

Ia berikutan amaran hujan berterusan tahap bahaya yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melibatkan daerah Kuantan masih berkuat kuasa sehingga hari ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Seri Damai, Mohamad Amerudin Mat Esa, penduduk terjejas banjir di kampung terbabit masih ditempatkan di dua PPS iaitu Dewan Orang Ramai Seri Damai dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) KAFA Jaya Gading.

Namun pihaknya akan turut memantau dan membantu pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan penduduk yang dipindahkan ke PPS terbabit.


(Foto fail)

"Saya bersama penghulu di bawah Kuala Kuantan 2 telah pun sama-sama kita membuat persediaan lah, maknanya siap siaga jika apa-apa berlaku sebab apa, dalam keadaan yang saya tengok sekarang ini kalau hujan berterusan kita bimbang dewan ini juga akan tenggelam, sebab pernah tenggelam pada tahun 2001 kita terpaksa pindahkan juga penduduk ke tempat yang lebih selamat," kata beliau.

Setakat pukul 4 petang tadi, sebanyak 28 PPS telah dibuka yang menempatkan 5,160 penduduk terjejas daripada 1,525 keluarga.

Media Baharu