fb fb fb fb fb

Tanah runtuh: Operasi mencari dan menyelamat berjalan lancar

BATANG KALI, 22 Disember- Operasi mencari dan menyelamat mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Batang Kali, Selangor berjalan lancar.

Menurut Panglima 4 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Ya'cob Samiran, antara aset Tentera Darat yang diaturgerakkan ialah dua buah jengkaut jenis PC 210 LC-10M milik pasukan 91 Rejimen Askar Jurutera Diraja dan seekor anjing pengesan.

"Termasuklah sekali dengan pencarian melalui rondaan di kawasan sungai dan hutan-hutan berhampiran di sini untuk mencari sama ada, ada tak mangsa-mangsa yang terkeluar dari kawasan tapak tragedi itu. Setakat ini petanda itu tiada di situ tapi kita tetap melaksanakan tugasan itu," kata Ya'cob kepada media di sini.

Turut hadir, Panglima 11 Briged, Brigedier Jeneral Fazal Abdul Rahman yang berada di lokasi kejadian bagi memantau gerak kerja operasi mencari dan menyelamat.


(Mejar Jeneral Datuk Ya'cob berkata Operasi mencari dan menyelamat berjalan lancar)

Media Baharu