fb fb fb fb fb

Orang ramai sambut baik Pakej Perpaduan Prabayar Internet

SEREMBAN, 22 Disember- Pakej perpaduan prabayar internet mudah alih yang diumumkan Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil mendapat respon positif.

Orang ramai yang ditemui RTM turut berharap agar Pakej Perpaduan itu dapat diteruskan bagi tempoh yang lama.

Bagi pesara Muhamad Mad Nor Ali, "saya menyokong usaha yang dilakukan kerajaan, kerana ia akan memebrikan kemudahan kepada anak-anak untuk mengakses internet."

Menurut Abu Khalib Abu Zarin ketika ditemui pemberita, perkara yang telah diumumkan oleh Menteri KKD; "amat bagus kerana saya pun pesara dan warga emas. Saya mengharapkan agar pakej ini dapat dikekalkan bagi memberi kemudahan kepada rakyat."

Ketika ditanya pemberita Muhamad Azfar Mohd Ali berpendapat, "saya sokong apa yang dilakukan oleh kerajaan sebab penggunaan internet bagus dan bertepatan pada zaman sekarang.

"Sebagai contoh kalau kita pelajar atau bekerja memang memerlukan penggunaan internet bagi memudahkan penghantaran kerja dengan e-mail."

Pakej itu dilihat dapat memberi impak besar kepada penggunaan internet seharian dan kos utiliti yang dibayar setiap bulan.

(Foto hiasan)

Media Baharu