fb fb fb fb fb

Tanah runtuh: DN ucap takziah kepada mangsa

(Persidangan Dewan Negara)

KUALA LUMPUR, 21 Disember- Persidangan Dewan Negara hari ini dimulakan dengan ucapan takziah kepada mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim turut mendoakan penduduk terjejas banjir sebelum memulakan mesyuarat.

"Kita mendoakan agar waris-waris mangsa tabah dan bersabar dengan kejadian yang tidak diduga itu.


(Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim)

"Demikian juga simpati kita sekalian kepada penduduk terjejas banjir di seluruh negara.

"Ahli-ahli Yang Berhormat dinasihatkan agar memberikan khidmat dan bantuan sekadar yang mampu untuk meringankan beban dihadapi rakyat di kawasan masing-masing.

"Kita berharap juga agar negara ini akan sentiasa dilindungi daripada perkara-perkara yang tidak diingini", katanya.

Tan Sri Dr Rais berucap sempena pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama, Majlis Parlimen ke-15 di Dewan Negara.

Tambahnya, sidang Dewan Negara hari ini cukup bermakna walaupun berlangsung selama sehari kerana bermulanya era kerajaan yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar dan berharap agar beliau berjaya memacu perpaduan, ekonomi dan perjuangan rakyat ke arah kesejahteraan.

Media Baharu