fb fb fb fb fb

Banjir di Kelantan bertambah buruk

KOTA BHARU, 21 Disember- Banjir di Kelantan semakin buruk apabila merekodkan seramai 31,538 orang mangsa daripada 9,171 keluarga, setakat pukul 11.00 pagi tadi.

Kesemua mangsa ditempatkan di 135 pusat pemindahan sementara (PPS).

Berdasarkan infobencanabanjir JKM, sebanyak sembilan daerah terbabit iaitu Pasir Mas, Kota Bharu, Pasir Puteh, Tumpat, Kuala Krai, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Jeli.

Keadaan banjir di Tambatan Diraja, Jalan Post Office Lama, di bandar Kota Bharu,
yang terletak bersebelahan Sungai Kelantan

Sementara itu, laman web publicinfobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), setakat pukul 11.00 pagi mendapati tiga sungai utama Kelantan masih melepasi paras bahaya iaitu Sg. Lebir di Kg. Tualang, Kuala Krai; Sg. Golok di Rantau Panjang dan Sg. Golok di Kuala Jambu, Tumpat.

Media Baharu