fb fb fb fb fb

Tanah runtuh di MACA tiada tanda-tanda faktor semulajadi

KUALA LUMPUR, 26 April- Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi berkata, "tiada tanda-tanda faktor semulajadi yang dikenal pasti menyebabkan runtuhan di di hadapan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA)," di Persiaran Tunku Syed Sirajuddin, pada 1.30 tengah hari semalam.

Beliau melalui facebook rasminya berkata, "Cawangan Kejuruteraan Cerun Jabatan Kerja Raya, telah turun ke lokasi dan menjalankan siasatan.

"Siasatan awal mendapati, kebocoran paip air bawah tanah berkemungkinan menyumbang kepada insiden berkenaan."

Bagaimanapun, JKR sedang menjalankan siasatan lanjut dan terperinci.

Beliau menasihatkan, "semua pihak agar bekerjasama mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian tidak diingini."

Sementara itu, Kakitangan Institut Integriti Malaysia (IIM) diarah bekerja dari rumah.

Kenyataan IIM malam tadi memaklumkan, arahan itu dibuat atas faktor keselamatan dan berkuat kuasa sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak.

IIM juga sedang bekerjasama dengan pihak-pihak berkuasa dalam kerja-kerja pemantauan di kawasan terlibat.

(Tangkap layar FB Alexander Nanta Linggi)

Media Baharu