fb fb fb fb fb

Tanah runtuh di laluan menuju Cameron Highlands, pengguna dinasihat berhati-hati

(Lokasi kejadian di tapak pembaikan cerun yang sedang dijalankan kontraktor JKR/ Foto: Media sosial)

IPOH, 28 Jun- Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Kilometer 45, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands lewat malam tadi.

Kejadian dipercayai berlaku susulan hujan lebat dan tidak melibatkan sebarang kehilangan nyawa.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan menerusi kenyataan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung insiden berkenaan pada pukul 11.12 malam.

Menurutnya, hasil siasatan awal pihaknya mendapati lokasi kejadian terletak kira-kira 50 minit perjalanan dari pekan Simpang Pulai.

“Lokasi kejadian merupakan tapak pembaikan cerun yang sedang dijalankan oleh kontraktor Jabatan Kerja Raya (JKR) dan runtuhan telah menutup permukaan jalan menyebabkan ia tidak boleh dilalui kenderaan dari kedua-dua arah,” katanya.


(Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan)

Sekitar 4.30 pagi tadi, jalan berkenaan telah dibuka semula kepada semua jenis kenderaan setelah kerja-kerja pembersihan selesai dilakukan.

Beliau menasihatkan pengguna jalan raya supaya berhati-hati dan peka dengan keadaan persekitaran di kawasan berkenaan, lebih-lebih lagi ketika cuaca tidak menentu sekarang.


Media Baharu