fb fb fb fb fb

'Saya akan buat Jelajah Minta Maaf di Malaysia' - Jocelyn

(Tangkap layar akaun Instagram pelawak komediri Joceyln Chia pagi tadi/FOTO Instagram @chiacomedy)

KUALA LUMPUR, 28 Jun - Belum pun reda isu mempersendakan rakyat negara ini, perancangan pelawak kontroversi, Jocelyn Chia memberi bayangan akan membuat persembahan 'khas' Apology Tour Live House Kuala Lumpur di TREC, di sini pada 28 Ogos depan.

Meskipun semalam Agensi Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) menafikan bahawa pihaknya tidak menerima sebarang permohonan daripada Joceyln.

Jocelyn dalam satu hantaran Instagram (IG) @chiacomedy pagi tadi berkata dia akan membuat jelajah permohonan maaf di Malaysia dengan rakan senegara Chrissie Mayr dari Amerika Syarikat.

"Atas permintaan ramai untuk permohonan maaf daripada saya oleh rakyat Malaysia, saya akan membuat Jelajah Minta Maaf di Malaysia dengan @chrissiemayrpod," katanya dengan memuat naik poster Apology Tour di laman Instagramnya pada Rabu.

(Joceyln Chia ketika membuat persembahan lawaknya di Amerika Syarikat)

Puspal menerusi kenyataan semalam menegaskan bahawa pihaknya tidak ada menerima dan meluluskan permohonan persembahan Apology Tour di Live House Kuala Lumpur – Jocelyn Chia dan Chrissie Mayr.

Agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) itu berkata, mana-mana kemasukan bagi artis luar negara atau penggambaran filem asing di Malaysia, permohonan perlu dikemukakan kepada agensi itu sebelum dipertimbangkan untuk kelulusan.

Akaun Instagram pelawak kelahiran Singapura itu kembali aktif selepas digantung pada awal bulan lalu akibat banyak menerima laporan daripada pengguna media sosial.

Joceyln dengan keceluparan mulutnya membuat provokasi yang memperlekeh Malaysia dan menjadikan tragedi kehilangan MH370 sebagai bahan jenakanya ketika melakukan persembahan komediri di Amerika Syarikat.

Kemudian, Chrissie pula seakan-akan menyokong perbuatan Jocelyn itu sehingga mengeruhkan lagi keadaan selain dia turut didakwa menghina ‘rakyat’ Malaysia di media sosialnya.

Rata-rata orang ramai tidak bersetuju dan menentang meskipun hajat mereka datang ke negara ini sebagai tanda permohonan maaf.

BERITA BERKAITAN:
Pelawak Singapura didakwa hina Malaysia
SKMM, PDRM siasat tindakan biadab pelawak komedi berdiri

Media Baharu