fb fb fb fb fb

Tanah runtuh: 52 penduduk Taman Bunga Raya diarah pindah serta-merta

Tanah runtuh di Taman Bunga Raya, Jalan Genting Klang berhampiran Kem Wardieburn

KUALA LUMPUR, 23 Ogos- Seramai 52 penduduk melibatkan 17 buah rumah teres di Taman Bunga Raya, Jalan Genting Klang berhampiran Kem Wardieburn diarahkan berpindah serta-merta susulan sebahagian dinding penahan tanah runtuh akibat hujan lebat semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju ACP Mohamad Lazim Ismail berkata, penduduk terjejas terdiri daripada 26 lelaki dan 26 wanita.

Beliau berkata, penduduk berkenaan ditempatkan sementara di rumah saudara-mara terdekat, hotel ataupun ke pusat penempatan sementara (PPS) yang dibuka di Dewan Badminton Bunga Raya.

"Pihak bomba dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pagi ini buat kerja pembersihan. Mereka akan sambung kerja pembersihan kerana semalam cuma pihak DBKL, ia tutup dengan kanvas kawasan di kiri kanan tempat kejadian, sebab semalam bomba tidak dapat masuk lagi, apabila mereka naik ke kawasan itu ada pergerakan sedikit", katanya.

"Kediaman itu tidak terjejas, cuma tanah itu sahaja lebih kurang dua kaki. Tindakan memang telah diambil oleh pihak DBKL.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas hadir Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Dang Wangi di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur.

ROSLINA BINTI DIN