BATU GAJAH, 28 September- Hujan lebat berterusan petang tadi menyebabkan mendapan tanah di hadapan beberapa rumah di Taman Teja dekat Tanjung Tualang, Perak.
Bagaimanapun tiada mangsa cedera dilaporkan dalam kejadian terbabit.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 7.18 malam.
Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Gajah digerakkan ke lokasi kejadian. Setibanya di tempat kejadian, mereka mendapati terdapat mendapan tanah di bahagian hadapan dan sisi empat buah rumah.
Bomba kemudian melakukan pemantauan terhadap struktur rumah dan menasihati penghuni terlibat untuk berpindah ke kawasan selamat.
Operasi tamat pada pukul 9.19 malam.