fb fb fb fb fb

Tanah jerlus: 'Manhole' penuh gas beracun - Bomba

Seorang anggota bomba memakai topeng keselamatan sedang membersihkan diri dirakam pemberita RTM di lokasi kejadian hari ini

KUALA LUMPUR, 24 Ogos- Hanya seorang penyelamat sahaja dibenarkan masuk ke lurang kumbahan atau 'manhole' kawasan tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini pada satu-satu masa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Kuala Lumpur, Fatta M Amin berkata faktor gas beracun dalam lurang kumbahan boleh membahayakan pasukan penyelamat.

"Ia adalah laluan kumbahan domestik (dan) penggunaan air domestik kurang untuk pagi ini. Sekarang ini air pada paras tiga kaki sahaja (namun) laluan (air) masih lagi laju tetapi paras air rendah.

"Di bawah 'mainhole' itu besar tetapi bagi mengelak kecelakaan (lain), kita hantar seorang pegawai (penyelamat) sahaja untuk masuk. Di bawah itu penuh dengan gas beracun," katanya pada sidang media di lokasi kejadian di sini hari ini.

Beliau berkata penyelamat akan dilengkapi set pakaian pelindung diri (PPE) ketika berada di 'manhole' bagi mengelak risiko terhidu gas beracun yang mungkin keluar daripada lurang kumbahan.

Semalam, media melaporkan mangsa tanah jerlus merupakan seorang pelancong wanita dari India dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, dikhuatiri tertimbus selepas terjatuh dalam lubang benam sedalam lapan meter pada kejadian 8.22 pagi.

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA