fb fb fb fb fb

Tambah baik tadbir urus dan projek di Melaka - Ab Rauf

FOTO RTM

AYER KEROH, 31 Mac- Pentadbiran baharu kerajaan negeri Melaka akan memberi fokus untuk menambah baik pelbagai aspek termasuk urus tadbir.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata bagaimanapun dasar serta perancangan awal kerajaan negeri terdahulu tetap diteruskan seperti biasa.

"Saya ingin tegaskan bahawa apa juga yang dirancangkan oleh kerajaan terdahulu di bawah pimpinan Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Saya akan pikul tanggungjawab ini dan memberikan penambahbaikan kepada program-program atau projek-projek yang telah pun diusahakan oleh beliau sebelum ini," kata Ab Rauf kepada pemberita dalam sidang media di Seri Negeri, di sini.

Beliau juga beriltizam untuk menarik kehadiran lebih ramai pelabur ke Melaka dalam usaha melonjakkan sektor ekonomi negeri selain menambah baik infrastruktur jalan raya dan kemudahan awam.

Selain itu, aspek kebajikan rakyat kekal menjadi keutamaan.


(FOTO RTM)

Media Baharu