fb fb fb fb fb

Exco negeri baharu Melaka diumum dalam tempoh 48 jam

FOTO RTM

AYER KEROH, 31 Mac- Barisan baharu Exco Kerajaan Negeri Melaka akan diumumkan dalam tempoh 48 jam.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata ia berikutan dengan pelantikan beliau sebagai ketua menteri yang baharu secara tidak langsung barisan exco sedia ada turut terbubar.

"Sudah pasti barisan exco akan diputuskan dalam masa yang terdekat. Saya sedang membuat pertimbangan tentang pelantikan exco baharu. Saya tidak mendapat panduan lagi, saya akan cuba merujuk kepada pucuk pimpinan," kata Ab Rauf kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Seri Negeri, Ayer Keroh selepas Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat setia serta Sumpah Simpan Rahsia Ketua Menteri Melaka ke-13 dihadapan Yang di Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam.

Beliau turut menjelaskan pelantikan exco melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Pakatan Harapan (PH) akan dibincangkan bersama pucuk pimpinan.


(FOTO RTM)

Media Baharu