fb fb fb fb fb

Talian Bantuan Perkhidmatan Sokongan Psikososial: Terengganu rekod lebih 5,500 panggilan

TERENGGANU, 27 Oktober- Lebih 5,500 panggilan menerusi Talian Bantuan Perkhidmatan Sokongan Psikososial pada 2021.

Jumlah itu meningkat lima kali ganda berbanding pada 2020.

Pengarah kesihatan Terengganu, Datuk Dr. Kasemani Embong turut memaklumkan, 29 peratus penduduk di negeri itu juga dikenal pasti mula mendapat bantuan kesihatan mental.

 
(Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr. Kasemani Embong, di Majlis Perasmian
Sambutan Hari Kesihatan Mental dan Jantung peringkat Terengganu)

Bagaimanapun, daripada jumlah itu, hanya satu peratus menerima rawatan berkaitan.

Kebanyakan yang mendapat rawatan merupakan golongan muda berusia 20 hingga 30-an yang bermula daripada tekanan emosi.

Sehubungan itu, 20 pegawai psikologi kaunseling kontrak dilantik sejak 2020 untuk ditempatkan di klinik kesihatan terpilih dan ditugaskan sebagai jurupulih terapi cara kerja mental.

"Hanya satu peratus yang datang dapat rawatan diaorang ini perlukan sokongan dari keluarga dan orang ramai supaya mereka boleh hidup normal macam orang lain," katanya kepada media pada majlis perasmian Sambutan hari kesihatan mental dan jantung peringkat Terengganu.

Media Baharu