fb fb fb fb fb

297 notis saman dikeluarkan JPJ

KUALA LUMPUR, 27 Oktober- 402,626 nahas jalan raya direkodkan dengan 4,379 kematian bagi tempoh Januari hingga September tahun ini.

Jumlah nahas dan angka kematian itu meningkat berbanding tempoh sama tahun lalu dengan pertambahan sebanyak 147,094 kes dan 1,055 kematian.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Zailani Hashim, menyeru pengguna jalan raya mematuhi peraturan ditetapkan terutama pengundi yang akan pulang ke kawasan masing-masing bagi melaksanakan tanggungjawab pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).


(Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Zailani Hashim)

Dalam operasi itu, sebanyak 2,282 kenderaan pelbagai jenis termasuk bas, van, kereta dan motosikal diperiksa dengan 152 kenderaan diambil tindakan termasuk empat kenderaan disita.

Daripada jumlah itu, sebanyak 297 notis saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk tiada cukai jalan atau cukai jalan tamat tempoh yang merekodkan antara kesalahan tertinggi selain kesalahan tiada lesen memandu, katanya.

"Saya menyeru kepada semua pengguna jalan raya tidak kira jenis kenderaan apa yang mereka bawa di atas jalan raya elemen untuk mematuhi peraturan undang-undang adalah amat penting sebab kita adalah negara berdaulat kita adalah negara yang ada undang-undang apabila kita melihat negara jiran yang paling dekat sekali singapura boleh mampu dan menguatkuasakan seperti mana negara-negara lain di sekitar asia dan kita mempunyai undang-undang tertentu patut kita kuat kuasakan ini yang patut kita jalankan seperti polis, JPJ yang di beri mandat untuk menjaga aspek keselamatan jalan raya," katanya pada sidang media di lokasi Advokasi Keselamatan Jalan Raya Bersepadu di Plaza Tol Sungai Besi hala selatan, tengah malam tadi.

Ujar Zailani lagi, tiada cukai jalan atau cukai jalan tamat tempoh antara kesalahan utama yang kerap dilakukan pengguna jalan raya bagi semua jenis kenderaan.

Operasi semalam melibatkan seramai 98 anggota terdiri daripada JPJ, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Lebuhraya Utara - Selatan (PLUS) terbabit dalam operasi semalam.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pengangkutan Datuk Razali Mohamad dan Timbalan Ketua Pengarah JPJ (Perancangan dan Operasi) Aedy Fadly Ramli.



Media Baharu