fb fb fb fb fb

Taib Mahmud sakit di luar negara, tiada keperluan lantik pemangku

(FOTO FAIL)

KUCHING, 1 Ogos - Yang DiPertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dilaporkan sakit semasa di luar negara.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, Perjanjian Malaysia 1963 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata Abdul Taib kini sedang dalam proses pemulihan.

(Abdul Taib kini sedang dalam proses pemulihan / FOTO FB Sarawak First Media)

“Keadaan semasa tidak memerlukan perlantikan pemangku memandangkan Yang Dipertua Negeri, walaupun tidak berada di dalam negeri sedang berkomunikasi dengan Kerajaan Negeri dan dapat melaksanakan tugas rasmi,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tambah Sharifah Hasidah, kerajaan negeri akan sentiasa memaklumkan tentang status kesihatan Yang DiPertua Negeri itu dan tindakan selanjutnya akan berpandukan kepada Undang-Undang Tubuh Negeri dan kepentingan Negeri.

Pada 22 Julai lalu, Tun Abdul Taib menerusi Perutusan Sempena Kemerdekaan Sarawak Ke-60 memaklumkan bahawa beliau dalam keadaan baik dan masih berada di luar negara.

Media Baharu