fb fb fb fb fb

Pemberian kredit e-tunai RM100 dilaksana suku keempat tahun ini - MOF

(FOTO FAIL)

PUTRAJAYA, 1 Ogos - Pemberian kredit e-tunai RM100 kepada rakyat dewasa berusia 21 tahun ke atas meliputi golongan B40 dan M40, akan dilaksanakan pada suku keempat tahun ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan melalui Facebook rasmi memaklumkan, pihaknya sedang memperincikan inisiatif itu dengan pihak berkepentingan.

(FOTO HIASAN)

"Bantuan e-tunai ini akan memberi manfaat kepada lebih 10 juta penerima merangkumi golongan B40 dan M40," kata Kementerian Kewangan.

Bantuan bagi rakyat berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah yang melibatkan peruntukan RM1 bilion diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika melancarkan kerangka Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat, 27 Julai lepas.

Sementara itu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Dr. Zulkapli Mohamed berkata bayaran Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan sebanyak RM300 dan RM200 akan dibayar 10 Ogos ini.

Pengumuman tersebut dibuat Dr. Zulkapli Mohamed menerusi satu kenyataan.

Media Baharu