fb fb fb fb fb

Berpantang maut sebelum ajal, remaja selamat dalam kejadian ribut

(Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena, Datuk Said Ali Syed Rastan
tinjau kesan kerosakan yang dialami)

POKOK SENA, 1 Ogos - Seorang remaja berusia 19 tahun di Kampung Bukit Sireh, Mukim Lesong, di sini nyaris maut selepas pondok yang didudukinya ditimpa pokok petai dalam kejadian ribut di beberapa kawasan di Kedah, awal pagi tadi.

Menurut Muhammad Syakir Kosim, sebelum kejadian beliau bersama-sama beberapa rakan berkumpul di pondok berkenaan yang terletak di hadapan rumah keluarganya.

Bagaimanapun selepas rakannya pulang ke rumah masing-masing, beliau tidur di dalam pondok berkenaan.

Namun hujan yang turun dengan lebat beserta angin kencang kira-kira pukul 3.50 pagi tadi menyebabkan sebahagian dahan pokok petai yang terletak berdekatan rumah tumbang sebelum menghempap pondoknya.

Beliau yang kini trauma cukup bernasib baik kerana dahan berkenaan jatuh hanya beberapa inci daripada badannya.

(Muhammad Syakir Kosim)

"Kayu kena juga, selepas itu atap pun kena..saya kibas kayu tu terkena kepala, badan dan selepas itu, saya terus cari jalan keluar, memang terkejutla sebelum ni tak pernah jadi pun macam ni, jadi trauma la saya," kata Syakir, di sini.

Kejadian turut mengakibatkan dua buah motorsikal milik keluarganya rosak dan wayar elektrik terputus.

Tragedi yang berlaku mendapat perhatian Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena, Datuk Said Ali Syed Rastan yang turun padang meninjau kesan kerosakan yang dialami.

Beliau yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Dewan Negeri Bukit Lada berkata, setakat tengah hari tadi, lapan buah rumah di beberapa buah kampung di sekitar Dewan Negeri Bukit Lada mengalami kerosakan akibat kejadian tersebut.

"Dalam keadaan sekarang ini hujan dan kawasan Pokok Sena ini memang setiap tahun fenomena rumah dilanda ribut memang berlaku. Sepanjang masa, jadi nasihat kepada penduduk-penduduk supaya sentiasa berhati-hati," kata Said Ali, di sini.

Media Baharu