fb fb fb fb fb

Tahun Melawat Perlis: ‘HOHOBUS’ jadi produk pelancongan baharu

Pelancaran 'HOHOBUS' pertama Perlis di Kangar.

KANGAR,4 Julai - ‘HOHOBUS’ menjadi produk pelancongan baharu di Perlis.

Ia sekaligus merancakkan Tahun Melawat Perlis yang dilanjutkan sehingga tahun 2026, sebagai sokongan bagi kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

Untuk permulaan, 10 perhentian di seluruh Perlis ditetapkan sebagai lokasi pilihan bas yang membawa pelancong.

EXCO Pelancongan, Seni dan Budaya Perlis, Abu Bakar Hamzah berkata, pihaknya akan berusaha mempertingkatkan destinasi pelancongan dari semasa ke semasa untuk keselesaan pengunjung.

" Dinaik taraf lagi tempat-tempat pelancongan terutama di kawasan tumpuan pelancong di Padang Besar, Kuala Perlis, Pekan Kangar. Juga sentiasa bersedia mempromosikan tahun melawat Malaysia yang akan dianjurkan pada tahun 2026 " katanya.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran HOHOBUS pertama Perlis di Kangar.

Berkenan hadir melancarkan operasi HOHOBUS, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

HASRON BIN HASSAN