fb fb fb fb fb

Tahap keupayaan dan kesiapsiagaan keselamatan serta pertahanan negara penting dititikberatkan

KUALA LUMPUR, 28 Februari - Tahap keupayaan dan kesiapsiagaan keselamatan serta pertahanan negara perlu diberi keutamaan.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah ia termasuklah usaha memperkukuh pembangunan kapasiti, perolehan aset-aset baharu, penyelenggaraan dan menaik taraf aset-aset keselamatan negara.

"Ini agar negara sentiasa berada dalam tahap kesiapsiagaan tertinggi untuk berhadapan dengan sebarang ancaman dari dalam dan luar negara. Konsep pertahanan menyeluruh juga hendaklah diperkukuh melalui platform kerjasama dua hala dan pelbagai hala supaya keselamatan dan kedaulatan negara kekal terpelihara,"

Dalam masa sama Baginda turut menzahirkan ucapan penghargaan berikutan kejayaan Malaysia terpilih buat kali ketiga untuk menganggotai Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk penggal 2022 hingga tahun 2024.

Jelasnya, pemilihan ini cerminan kepercayaan masyarakat antarabangsa atas kewibawaan diplomasi Malaysia.

(Baginda bertitah pada Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Majlis Parlimen Ke-14 di Parlimen)



"Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut menzahirkan penghargaan diatas taat setia dan sumbangan ikhlas semua petugas barisan hadapan negara, anggota-anggota Perkhidmatan Awam, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi kerajaan yang telah mencurahkan khidmat bakti sehingga menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman dan makmur."

"Sumbangan mereka ini amatlah besar dan 'beyond the call of duty'. Semoga semua penjawat awam terus komited, berdedikasi dan fokus untuk sentiasa menambah baik kualiti perkhidmatan demi kesejahteraan rakyat Beta. Dalam masa yang sama, kebajikan anggota Perkhidmatan Awam juga hendaklah terus dibela baik daripada segi kesihatan, pendidikan, perumahan dan bantuan kebajikan merangkumi anggota yang sedang berkhidmat mahupun yang telah bersara termasuk veteran ATM," titah Baginda lagi.

Isu rasuah turut dipandang serius oleh Al-Sultan Abdullah .

Ia perlu kearah membina sebuah negara bangsa yang telus dan berintegriti.

Baginda percaya kerajaan sedang melaksanakan dasar dan inisiatif Pelan Antirasuah Nasional menerusi tindakan penguatkuasaan, pencegahan dan pendidikan bagi membanteras segala bentuk jenayah rasuah.

Baginda bertitah lagi, kerajaan ketika ini sedang menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan melalui inisiatif Kerajaan Digital secara 'end-to-end' supaya lebih telus, cekap dan profesional.

Media Baharu