fb fb fb fb fb

Pesawah Perak digalak guna dron, elak pembaziran racun dan baja

KERIAN, 28 Februari- Golongan pesawah di Perak disaran memanfaatkan penggunaan dron dalam menjalankan kegiatan pertanian mereka.

Exco Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Negeri, Razman Zakaria berkata, teknologi tersebut dijamin dapat mengelakkan pembaziran terutama semasa aktiviti meracun dan membaja.

Jelasnya, selain menjimatkan kos, penggunaan dron juga dilihat bertepatan dengan peralihan kepada Revolusi Industri 4.0.

"Dron ni ganti kepada pembajaan kemudian seperti mana yang dimaklumkan tidak ada pembaziran kepada baja dan racun sebab ianya sama rata, kalau kita pakai tenaga manusia mungkin kita racun dua kali satu tempat yang ni sama rata".

"Penjimatan kepada input pertanian, penjimatan kos, penjimatan bahan, dan untuk peningkatan hasil bergantung kepada banyak faktor yang menyumbang kepada pengeluaran hasil," kata Razman.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pembukaan Pusat Pameran Dron Pertanian, DJI Agriculture di Kerian, pagi tadi.

Tambahnya lagi, penggunaan teknologi tersebut diharap dapat menarik minat lebih ramai generasi muda untuk melibatkan diri dalam bidang pertanian.

Media Baharu