fb fb fb fb fb

T. Ravichandran tawan Everest buat kali ketiga

KUALA LUMPUR, 16 Mei - Puncak Gunung Everest sekali lagi berjaya ditawan pendaki solo profesional, T. Ravichandran.

Beliau yang mengulangi sejarah menawan puncak dunia buat kali ketiga mengakui pendakian kali ini berbeza dan dikongsi bersama pasukannya Malaysia-Everest Expeditition 2022.

Ia merupakan pendakian ketiga Ravichandran menawan puncak Everest selepas 2006 serta 2007 dan pada pendakian kedua, beliau pernah berdepan cabaran menghidapi radang dingin di lapan jari tangannya.

Menurutnya, dua pendakian sebelum ini amat mencabar terutama ilmu pendakian dan persiapan berdepan cuaca ekstrem yang sentiasa berubah dan tidak menentu selain kesesakan pendaki.

(T. Ravichandran ketika berkongsi kejayaan menawan puncak Gunung Everest)

Beliau juga berazam meneruskan pendakian solo Gunung Everest buat kali keempat tanpa menggunakan tong oksigen tahun hadapan.

Ravichandran dan kumpulannya memulakan pendakian 2 Mei lalu menuju ke khemah satu, khemah dua serta khemah tiga dan berhenti untuk berehat pada 5 Mei sebelum meneruskan pendakian dari 9 hingga 11 Mei sekali gus tiba di puncak pada 12 Mei.

Media Baharu