fb fb fb fb fb

Penularan HFMD, kerjasama ibu bapa dan pusat jagaan penting

SELAYANG, 16 Mei - Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 masih relevan dan perlu dipatuhi bagi mengekang Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) daripada terus menular.

Ini terutamanya, aspek kebersihan asas seperti mencuci tangan dengan kerap dan memastikan tempat yang sering dicapai oleh kanak-kanak kekal bersih.

Jelas Pakar Perunding Pediatrik dan Pediatrik Nefrologi Hospital Selayang, Dr. S Selva Kumar amalan mencuci tangan dengan sabun dan air khususnya semasa musim perayaan perlu diutamakan memandangkan aktiviti bersentuhan sukar untuk dihindari.

"Waktu musim perayaan ini pergaulan antara ibu bapa, kanak-kanak lain sanak saudara memang akan berlaku dan waktu itu kita tak boleh amalkan bersentuhan, bersalaman dan sebagainya.

"Ini yang mungkin juga akan menyebabkan peningkatan kerana selepas Aidilfitri ada nampak dan ini juga mungkin salah satu sebab," katanya kepada RTM.

(Dr. S Selva Kumar)

Beliau ditemubual di Hospital Selayang.

Dalam pada itu, Dr. S Selva Kumar turut menasihati ibu bapa agar tidak panik sebaliknya laporkan kepada Tadika, atau Taska sekiranya anak mula mengalami gejala seperti demam dan terdapat ruam melepuh pada tangan, kaki, mulut dan lidah.

Media Baharu