fb fb fb fb fb

Syiling pertama ukiran wajah Raja Charles bakal diedar pada Disember

(Syiling dengan potret Raja Charles didedahkan/AFP)

LONDON, 30 September- Kilang Wang Diraja Britain, Royal Mint, pada Khamis melancarkan syiling rasmi yang diukir dengan wajah Raja Charles.

Rakyat Britain boleh menyaksikan imej Raja itu pada syiling 50 penny bermula sekitar Disember ini dan akan diedarkan secara berperingkat.

Ukiran syiling itu dicipta pengukir Martin Jennings dan diluluskan secara peribadi oleh Raja Charles.

Ia selaras dengan tradisi potret Charles menghadap ke arah kiri, iaitu yang bertentangan dengan mendiang ibunya, Ratu Elizabeth II.

Potret Charles pada syiling berkenaan diukir tanpa mahkota.

Tulisan bahasa Latin yang mengelilingi potret itu membawa maksud 'Raja Charles III, dengan Rahmat Tuhan, Pelindung Agama'.

Syiling bernilai 5 paun turut dilancarkan pada Isnin sebagai memperingati kehidupan dan warisan mendiang Ratu Elizabeth II.

Sementara itu kesemua kira-kira 27 bilion syiling yang dalam edaran di UK yang memaparkan wajah Ratu Elizabeth akan kekal sah dan akan digantikan dengan syiling yang mengandungi imej Raja Charles dari semasa ke semasa.

(Potret Raja Charles yang dicipta oleh pengukir British Martin Jennings pada syiling £5 dan 50 penny/AFP)


Media Baharu